10 Tempat Pelancongan Di Perak Yang Wajib Dilawati

Apabila berbicara tentang ‘cuti-cuti’, pasti banyak tempat pelancongan menarik di tanahair bermain di fikiran anda.Anda pernah sampai ke negeri Perak?.

Perak adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Memiliki budaya menarik, malah negeri seladang ini juga mempunyai pelbagai tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati.

1. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan. Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas. Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.

2.Bukit Merah Laketown Waterpark

Dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan berhadapan satu daripada 7,000 ekar tasik air tawar terbesar di Malaysia, resort ini  memakan masa tiga jam dari Kuala Lumpur. Dengan keluasan 11 ekar, Bukit Merah Laketown Waterpark menawarkan pelbagai tarikan menarik. Ada macam-macam di situ, sesualilah dipanggil Giant Wet Bubble dan Boomerang fun – slide di Malaysia. Pilih sahaja anda nak berseronok di mana, sama ada di “Sandy Beachfront” Wave Pool,Water Flume Rides atau Body Speed Slide.

Selain itu, terdapat juga kawasan permainan khas untuk kanak-kanak seperti Kids Adventure River dan Perak Mining Pool. Tarikan lain termasuk Chairlift yang terulung yang menawarkan pemandangan panorama tasik dan seluruh resort, kedai cenderamata, Surf Shack  dan outlet makanan segera, Bubbles Family Restaurant yang pastinya menjanjikan seribu macam keseronokan buat anda dan keluarga.

3. Lost World of Tambun

Lost World of Tambun, adalah sebuah pengembaraan yang penuh aksi menarik dengan tunggangan yang paling mendebarkan dan tarikan di Ipoh, Malaysia. Taman tema yang terletak di bandar bersejarah dari Ipoh, di tengah-tengah koridor Utara-Selatan di Perak, dan ditetapkan dalam landskap semula jadi Ipoh, dikelilingi oleh ciri-ciri batu kapur yang menakjubkan indah. Tujuh  elemen utama iaitu Water Park, Amusement Park, Lost World Hot Springs and Spa, Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost World Tin Valley dan Lost World Team Building Park.

4. Sungai Klah, Hot Spring

Di kelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik. Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan.

5.Zoo Taiping & Night Safari

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri. Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.

Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki. Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie. Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.

6.Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung. Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau. Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ. Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar. Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.

7. Lumut & Pulau Pangkor

Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang. Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.

Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.
‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota. Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

8. Kuala Kangsar Bandar Diraja

Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda.

Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama ‘Kuala Kurang Sa’.

Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan. Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan. Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong. Untuk makan, laksan di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.

9. Menara Condong, Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan adalah setaraf dengan Menara Condong Pisa yang terkenal di Itali. Ia terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak. Menara ini condong ke arah kiri, sama seperti Menara Pisa. Ia adalah 25.5 meter dan dari luar kelihatan seperti sebuah bangunan lapan tingkat, walaupun di dalamnya sebenarnya terbahagi kepada tiga tingkat. Menara ini terletak di tengah-tengah persegi dikelilingi oleh Jalan Pasar, Jalan Selat, Jalan Bandar dan Jalan Ah Cheong.

10. Istana Kellie

Istana Kellie ataupun Kellie’s Folly terletak berhampiran Batu Gajah, dan kira-kira 20 minit pemanduan dari Ipoh, Perak, Malaysia. Rumah yang belum selesai ini telah dibina oleh penanam Scottish bernama William Kellie Smith. Istana Kellie kini merupakan tarikan pelancong popular tempatan dan digunakan sebagai lokasi dalam  filem ‘Anna and the King 199’9 dan  filem ‘Skyline Cruisers 2000’.

No comments

Powered by Blogger.