Valve Memperkenalkan Kebolehan Menonton Dota 2 Melalui Realiti-Maya

                               

Valve sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menawarkan sokongan menonton Dota 2 melalui set realiti-maya – sekaligus memberikan pengalaman menonton yang lebih baik serta berbeza kepada pengguna. Hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan sokongan tersebut.

Untuk menonton Dota dalam paparan realiti-maya, pengguna perlulah mempunyai set realiti-maya yang menyokong Steam VR. Buat masa ini, hanya HTC Vive hadir dengan Steam VR – tetapi hanya akan dijual di Malaysia secara rasminya sekitar Oktober kelak. Sekiranya anda sedia mempunyai HTC Vive, anda boleh membuka Steam pada komputer, dan memilih Dota VR Hub pada penawaran DLC di Steam.

Melalui Dota VR Hub, pengguna diberikan dua pilihan tontonan – sama ada melalui dalam permainan berkenaan sendiri, atau memilih untuk menontonnya bersama-sama rakan lain melalui paparan seumpama teater.

Pengenalan paparan dalam bentuk realiti-maya ini semestinya merupakan salah satu perkara yang akan mengubah industri e-sukan sendiri. Penonton kini bukan sahaja boleh menonton aksi rakan-rakan mereka dalam bersaing antara satu sama lain, tetapi turut mendapatkan pengalaman menonton bersama-sama rakan lain tetapi daripada lokasi berbeza. Tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak penerbit permainan melakukan perkara sama pada akan datang.

DOTA 2 VR Spectator Mode Revealed

SUMBER RUJUKAN: DOTA 2 VR



No comments

Powered by Blogger.