Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3
Drama adaptasi novel Anugerah Terindah karya Sophilea akan menemui penonton di slot Akasia TV3. Drama yang diberi tajuk Sayangku Kapten Mukhriz itu bakal menampilkan gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama. Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dibawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Ikhlas Jalil, Fezrul Khan, Alif Aziz, Neera Azizi dan ramai lagi. Nantikan tayangannya di TV3.
JUDUL: SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ
EPISOD: 23 episod
TARIKH / MASA: 2016
SIARAN: Slot Akasia TV3
NOVELIS: Sophilea
SKRIP: Nieza Nahar
PENGARAH: Idora Abdul Rahman
TERBITAN: Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON: Raja Afiq, Niena Baharun, Ikhlas Jalil, Fezrul Khan, Alif Aziz, Neera Azizi, Illey Mohtada
WATAK PELAKON
Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun sebagai Dr. Ariana Dahlia
Fezrul Khan sebagai Izzudin
SINOPSIS SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ (NOVEL ANUGERAH TERINDAH)
Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title 'ustaz' dan seorang langsung tidak peduli title 'doktor'. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.
Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia mengutuskan surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.
Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah ... mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz MukhriMukhriz.
Post a Comment