Pakar Dari Malaysia Pertama di Dunia Berjaya Cipta Virus Murah Penawar Barah

                                    

SERDANG: Sekumpulan penyelidik dan pakar daripada Akademi Sains Malaysia telah berjaya mencipta sejenis virus yang dikatakan mampun menjadi penawar kepada pesakit barah, lapor Projek MMO.

Menurut seorang penyelidik, Dr Abhimanyu Veerakumarasivam yang merupakan pakar genetik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata virus yang dicipta itu mampu membunuh sel barah sepenuhnya.

“Objektif utama kami adalah menghasilkan ejen pembunuh kanser yang murah selain mampu dimiliki semua lapisan masyarakat di Asia khususnya penduduk Malaysia.

“Pada peringkat ini proses ejen virus itu sedang dihasilkan di makmal profesor Datin Paduka Dr Khatijah Mohd Yusoff (ketua projek tersebut).

“Ia akan diuji pada pelbagai jenis sel kanser yang paling sensitif dan boleh bertindak balas dengannya,” kata .

Menurut baliau lagi, kejian berkenaan belum pernah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik lain di dunia dan ianya akan diuji keatas pesakit barah dalam tempoh lima tahun lagi.

Beliau menekankan, faktor genetik manusia yang berbeza-beza dan persekitaran antara penyumbang kepada berlakunya barah.

“Genetik setiap manusia berbeza-beza dan penyakit ini tidak semestinya diturunkan daripada genetik ibu bapa tetapi juga boleh tercipta daripada gen yang dimutasikan.

“Kira-kira 90 peratus penyakit kanser berpunca daripada persekitaran yang menyebabkan genetik termutasi dalam sel DNA sebelum kitaran sel bercelaru dan menjadi kanser,” katanya seperti dilaporkan. - Siakapkeli.my

No comments

Powered by Blogger.