Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2
10 plaza tol bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang telah mula beroperasi pada 7 Julai 2015 tetapi tidak dikenakan sebarang bayaran.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menyatakan bayaran tol itu akan mula dikenakan kepada para pengguna lebuhraya selepas beberapa kali tertangguh sejak dua tahun yang lepas.
Mulai 15 Julai 2016 ini pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) akan dikenakan bayaran apabila melalui lebuhraya itu.
Kadar Bayaran Tol di Setiap Plaza Tol LPT2:
Kadar tol permulaan di LPT2 adalah 12 sen per kilometer untuk kenderaan Kelas 1 iaitu kereta. Contohnya, pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya akan dikenakan bayaran tol sebanyak 19.70.
Senarai Plaza Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2):
Tanpa perlu membuang masa, penulis selitkan senarai plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang akan dikenakan bayaran di bawah ini.
1. Plaza Tol Cheneh
2. Plaza Tol Chukai
3. Plaza Tol Kijal
4. Plaza Tol Kerteh
5. Plaza Tol Paka
6. Plaza Tol Kuala Dungun
7. Plaza Tol Bukit Besi
8. Plaza Tol Ajil
9. Plaza Tol Telemong
10. Plaza Tol Kuala Terengganu
Meskipun keputusan telah dibuat, ada segelintir pihak yang masih tak berpuas hati dengan keputusan kutipan tol di LPT2 ini. Salah satunya adalah disebabkan keadaan jalan di LPT2 sangat berbahaya dan risiko kemalangan yang amat tinggi.
Post a Comment