Gol Sendiri Paling Pelik, Nama Minnesota United Jadi Bualan Netizen

              Gol sendiri paling pelik, nama Minnesota United jadi bualan

NAMA kelab bola sepak Liga Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat, Minnesota United, tiba-tiba menjadi sebutan hari ini. Semuanya kerana aksi lucu penjaga golnya, Sammy Ndjock.

Kesilapan yang dilakukan Ddjock ketika menyelamatkan gawangnya menjadi perbualan di laman sosial, malah disifatkan netizen sebagai paling kelakar pernah disaksikan mereka.

Dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Bournemouth, Ndjock dilihat pada awalnya menyelamatkan percubaan pemain lawan untuk menjaringkan gol, dengan menangkap bola menggunakan tangannya.

Namun ketika Ndjock mahu membaling bola itu ke tengah padang, bola itu melantun ke belakang, sebelum menerjah jaring gol.


Ia dikira sebagai gol kepada pasukan lawan.

Bukan setakat lucu, ia juga dianggap netizen sebagai sangat pelik.

Perlawanan yang berlangsung pada Khamis itu berkesudahan Minnesota United tewas 0-4 kepada Bournemouth.

No comments

Powered by Blogger.