Contoh Cara Buat Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2016

   Borang Kaji Selidik Folio Geo PT3 2016



Borang kaji atau soal selidik ini perlu dibuat dan disertakan dalam perlaksanaan kajian kes bagi Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Kaji selidik itu perlu dilakukan oleh calon bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada responden (individu yang disoal / temu bual) di kawasan kajian kes berhubung dengan tugasan .

Perkara serta saranan yang perlu ada dalam borang soal selidik perlulah relevan dengan tajuk tugasan dan kandungan laporan kajian kes yang dibuat oleh calon .

Bagi tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 calon perlu membuat kajian kes tentang Pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah calon

CONTOH DAN CARA BUAT BORANG KAJI SELIDIK TUGASAN GEOGRAFI PT3 TAHUN 2016 

Berikut adalah panduan gambaran di antara format Borang Kaji Selidik bagi kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 serta contoh perkara-perkara yang perlu ada dalam Borang Soal Selidik tersebut :

BORANG SOAL SELIDIK TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3: GEOGRAFI 

NAMA SEKOLAH:(nyatakan) 
TAJUK / PERKARA:(nyatakan) 
KAWASAN KAJIAN:(nyatakan) 

Bahagian A: Maklumat Responden Perhatian: Sila lengkapkan ruangan dan tandakan (√) pada kotak jika berkenaan

Nama Penuh:__________________

Alamat:______________________

Bangsa: Melayu
               Cina
               India
               Lain-lain. Sila nyatakan__________

Jantina: Lelaki Perempuan

Umur: 21 – 30 tahun
            31 – 40 tahun
            41 – 50 tahun
            51 tahun ke atas

Pekerjaan:_____________

Pendapatan: RM900 kebawah
                        RM900 – RM3000
                        RM3000 keatas

Bahagian B: Soal Selidik / Tinjauan 

Perhatian: Sila lengkapkan ruangan dan tandakan (√) pada kotak jika berkenaan 

Jenis Kenderaan Yang Anda Miliki: Kereta / bilangan()
                                                   Van / bilangan () Lori Persendirian / bilangan ()
                                                   Motosikal / bilangan ()
                                                   Lain-lain. Sila nyatakan berserta bilangan__()

Jenis Pengangkutan Awam Yang Anda Pernah Naiki di (nyatakan tempat kawasan kajian)

Bas
Komuter KTM
Van
Bas Sekolah
Teksi
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

Kepentingan Sistem Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)

Mengangkut barangan
Meningkatkan mobiliti penduduk
Mengurangkan kesesakan
Menjimatkan masa
Memgambil penumpang
Sumber pendapatan
Peluang pekerjaan
Menjimatkan kos Lain-lain.
Sila nyatakan___________________

Masalah Sistem Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)

Pencemaran udara
Pencemaran bunyi
Pencemaran air
Kos bahan api meningkat
Tambang mahal
Kemalangan Keselamatan penumpang terancam
Jangka masa lama
Penipuan Kesesakan lalu lintas
Kenderaan lama Lain-lain.
Sila nyatakan___________________

Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Dan Penambahbaikan Sistem Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)

Menguatkuasa undang-undang
Kempen alam sekitar Pendidikan alam sekitar
 Dasar pembangunan kerajaan
Penggunaan petrol tanpa plumbum
Kursus pemanduan berhemah
Mengurangkan kos operasi
Penggunaan bahan api alternatif
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

Bahagian C: Akaun Responden 
Perhatian: Sila lengkapkan ruangan 

Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini adalah benar, betul dan lengkap

Tandatangan:_______ Tarikh:________

Nota: Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan/ puan dalam soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih Borang kaji selidik yang disertakan ini adalah sebagai panduan, rujukan dan cetusan idea baharu kepada calon sahaja. Sila buat penambahbaikan borang soal selidik tersebut mengikut kesesuaian kandungan kajian kes. Sila rujuk dengan guru terlibat bagi mendapatkan jumlah responden yang perlu di soal selidik atau temu bual. Sekeping borang soal selidik mewakili satu / seorang responden.

Sumber: mysumber.com

No comments

Powered by Blogger.