Biodata Penuh Aiman Banna, Penulis Buku Bestseller "Henshin"

SIAPAKAH sebenarnya Aiman Banna yang terkenal dengan buku Bestsellernya iaitu Henshin? Aiman Banna sebenarnya seorang pendakwah yang kini memberi ceramah di sekolah, universiti dan politeknik. 

              Biodata Penuh Aiman Banna, Penulis Buku Bestseller "Henshin"

Nama penuh beliau ialah Mujahid Aiman. Seorang anak kepada Rumawi dan Muliati, dan juga seorang suami kepada Hani Nabila bt. Mohamed Alwie. Nama "Aiman Banna" hanyalah sebagai nama pena kerana idola yang menjadi ikutan dan kebanggaannya selepas Muhammad bin Abdullah ialah Imam Hasan Al-Banna.

Aiman telah melanjutan pelajaran di Tadika Nurul Iman, kemudian ke SK (A) Dato' Haji Abdul Kadir Hasan. Setelah itu, Aiman melanjutkan pelajaran di SMK (A) Tun Ahmad Zaidi. Setelah tamat pengajian di sana. Aiman melanjutkan pelajaran dan mula menghafaz quran di sebuah maahad tahfiz dan dinniah di Kelantan; SMU(A)Al-Kauthar.

Setelah mengambil PMR di sekolah tahfiz tersebut, Aiman berpindah sekolah dan mengambil SPM di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Sekarang, Aiman sedang melanjutkan pelajaran di Madinah International University dalam bidang Fiqh wa Usul (Syariah).

Aiman Banna ialah Founding Director dan Board of Director utama Inspirasee International Sdn. Bhd (Former CEO), sebuah syarikat bersama dengan isterinya. Aiman dan isteri juga menjalankan syarikat consultancy, publication & production di bawah nama Inspirasee antaranya seperti Inspirasee Sky Resources dan ED Daiegraphy Consultancy. Segala operasi syarikat mereka berpangkalan di Shah Alam Seksyen 14. Syarikat-syarikat ini telah beroperasi sejak bulan Jun 2015.

Aiman Banna ialah seorang blogger di www.aimaanbanna.com sejak tahun 2014 dan juga seorang vlogger di laman youtube ((boleh search Aiman Banna di youtube.))

Aiman Banna ialah seorang penulis buku bestseller seperti #Henshin, Infiru, Coklat Tarbiah dan pelbagai lagi. Juga seorang penceramah bebas; Aiman telah jelajah lebih daripada 120 institusi (universiti, sekolah, kolej, televisyen, surat khabar, pejabat dll) di seluruh Malaysia bahkan luar negara sepanjang tahun 2015.

 Aiman Banna ialah pengasas Inspirasee, sebuah gerakan kontemporari dakwah yang bermisikan penyebaran pelangi inspirasi kepada jiwa hati umat ini, website rasmi; www.inspirasee.cc. Bergiat aktif dalam mengadakan program tarbawi, street dakwah, menjelajah dari institusi ke institusi dan pelbagai lagi aktiviti yang mampu mencetus inspirasi dalam jantung hati anak muda umat ini khususnya.

Perjuangan Daiepreneur ini Aiman perjuangkan sepenuhnya bawah akademi miliknya iaitu; Banna Academy.

Sumber: AimanBanna

No comments

Powered by Blogger.