7 Jenis Iblis Mendatangi Manusia ketika Sakaratul Maut

                 iblis

TAHUKAH anda jika 7 Iblis ini akan mendatangi anda apabila anda sedang sakaratul maut? Iblis apakah itu? Berikut penjelasannya.

1. Iblis dengan Rupa Binatang yang Ditakuti

Apabila ada orang dalam keadaan sakaratul maut, ada iblis yang mendatanginya dengan rupa binatang yang ditakuti, seperti ular, harimau, singa atau binatang lain. Apabila orang itu memandang iblis berupa binatang menakutkan, maka ia akan terkejut dan lari ketakutan sehingga melompat-lompat. Apabila ia meninggal dunia kerananya, maka ia telah mati dalam keadaan lupa dan lalai terhadap Allah SWT bahkan ia telah menjadi munafik.

2. Iblis dengan Rupa Aneh

Iblis ini boleh berbentuk sebagai perak, emas atau lainya. Malah boleh juga sebagai minuman dan makanan yang lazat. Orang yang sakaratul maut biasanya akan teringat dengan ketamakannya terhadap barang-barang di dunia. Apabila orang dalam keadaan sakaratul maut mula meraba dan menyentuh barang duniawi itu kemudian meninggal dunia, maka ia telah mati dalam keadaan lupa dan lalai pada Allah SWT. Ia telah menjadi seorang munafik dan nerakalah tempat baginya. Kisah sakaratul maut iblis perlu diketahui agar kita tidak terjerumus pada tipu daya iblis.

3. Iblis dengan Rupa yang Paling Dibenci

Apabila seseorang dalam keadaan sakaratul maut maka akan datang iblis yang menyerupai orang-orang yang dibencinya. Dengan melihat orang yang dibenci itu, maka ia akan berusaha melakukan sesuatu pada musuhnya itu, baik untuk menolaknya atau menyakitinya. Pada masa inilah, orang itu akan meninggal dunia dalam keadaan munafik kerana telah lupa dan lalai terhadap Allah. Tempat kembali baginya adalah neraka. Inilah dasyatnya proses sakaratul maut.

4. Iblis dengan Rupa Binatang yang Disukai

Iblis boleh datang pada orang yang sakaratul maut dengan bentuk binatang yang disukainya, seperti kucing, arnab ataupun anjing. Ketika binatang itu terlihat, maka ia akan meraba-raba, memeluk, dan menyayanginya. Jika masa itu malaikat mencabut nyawanya maka ia akan mati dalam keadaan lalai dan lupa pada Allah. Ia telah menjadi kaum munafik dan hanya neraka lah tempat yang sesuai baginya.

5. Iblis dengan Rupa Sanak-saudaranya yang Hendak Mati

Orang dalam keadaan sakaratul maut akan didatangi oleh iblis yang menyerupai ayah, ibu, adik, kakak, atau saudara lain. Mereka akan menawarkan hal-hal yang disukai olehnya. Namun, iblis akan membuat janji jika orang itu mau menerima pemberiannya maka ia harus menurut pada iblis dan menyembah Tuhan mereka. Orang yang terlena dengan hal ini, maka orang itu akan termasuk dalam kaum munafik.

6. Iblis dengan 72 Barisan

Iblis akan datang dalam 72 barisan kerana diketahui bahawa umat Muhammad akan terbahagi menjadi 73 barisan yang terdiri dari 72 barisan yang masuk neraka dan 1 barisan yang benar. Dengan datangnya 72 barisan itu akan membuat orang tersebut lalai pada Allah dan menjadi kaum munafik. Oleh kerana itu tanda-tanda sakaratul maut perlu berhati-hati.

7. Iblis yang Menyatakan sebagai Ulama pembawa Kitab

Akan datang iblis menyerupai ulama menghampiri orang yang sedang sakaratul maut. Iblis itu akan menasihati orang tersebut bahawa ia merupakan seorang ulama yang akan menyampaikan kebaikan baginya. Ia memaparkan Tuhan dan syurga palsu untuk mengimiginasikan-iminginya. Jika ia menyetujui hal tersebut maka ia akan mati dalam keadaan munafik kerana lalai pada Allah.

No comments

Powered by Blogger.