5 Fakta Mengenai Pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi.Bukan Calang-calang Orang
Seorang remaja Malaysia melakar sejarah buat Malaysia, hari ini selepas memenangi tempat pertama dalam perlumbaan Moto3 saingan Grand Pix(GP) Argentina.
KUALA LUMPUR: Seorang remaja Malaysia melakar sejarah buat Malaysia, hari ini selepas memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina.
Khairul Idham Pawi yang mewakili Honda Asia Team muncul pelumba pertama negara menaiki podium kejuaraan motosikal dunia selepas mendominasi saingan perlumbaan itu.
Penunggang yang berusia 17 tahun itu menguasai perlumbaan di atas trek basah dengan kelebihan 26 saat, mengatasi rakan sepasukan Honda, Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Arika Selatan, Brad Binder.
Perkara ini nyata satu kejayaan yang besar buat Malaysia!
Tetapi, sejauh manakah anda mengenali pemuda ini? Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai Khairul.
1. Khairul yang berasal dari Kampung Gajah, Perak mempunyai empat adik-beradik. Dia merupakan anak ketiga.
2. Menurut New Straits Time Online, ayah Khairul, Pawi Omar merupakan seorang peniaga kelapa sawit. Ayahnya telah memberi dorongan untuk menyertai perlumbaan antarabangsa untuk mengelak Khairul terlibat dalam perlumbaan haram.
3. Menurut Wikipedia, beliau pernah menjuarai tempat pertama dalam persaingan Asia Dream Cup pada tahun 2014.
4. Ini bukan kali pertama Khairul bersaing dalam Grand Prix, beliau telah berusaha untuk merangkul pingkat tersebut sejak tahun 2012.
5. Selain itu, Khairul juga pernah memenangi kejuaraan pertama dalam saingan Piala Impian Asia (ADC) pada tahun 2013.
Kejayaan Khairul sudah pasti menarik perhatian rakyat Malaysia.
Ramai yang merakamkan ucapan tahniah kepada pelumba muda itu di media sosial.
Netizen juga mengucapkan terima kasih kepada Khairul kerana mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Post a Comment