Video: Pelik Berbuka Makan Ulat Dalam Lauk Bazar Ramadan
SEORANG lelaki mengalami pengalaman meloyakan apabila menemui ulat dalam juadah berbuka puasa yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Kuala Nerang, Kedah.
Video dan gambar yang dimuat naik oleh Alias Ismail itu telah dikongsikan ribuan netizen sebaik ia dimuat naik.
Menerusi video tersebut dapat dilihat, terdapat ulat yang bergerak-gerak pada ikan yang dibelinya.
https://www.facebook.com/encikALIASISMAIL/videos/820158898114829/
“Assalamualaikum kawan-kawan Facebook semua. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf andai video saya ini tidak menyenangkan mana-mana pihak. Motif viral saya pada video ini bukan nak menjatuhkan peniaga melayu di luar sana. Cuma sekadar perkongsian pengalaman saya sebagai seorang pembeli.
“Maksud pembeli di sini, saya membeli dengan wang, bukan saya ambil secara percuma. Bila sebut wang ini, saya sedikit terkilan dengan peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ini.
“Kenapa saya terkilan? Kawan-kawan semua boleh tengok sendiri video serta gambar yang saya kongsikan ini. Saya tak mahu cakap lebih-lebih. Apa yang saya tahu, taubat lahom saya takkan beli di tempat itu lagi,” katanya.
Menurut Alias Ismail yang berasa menetap di Taman Bersatu Kuala Nerang, juadah itu baru saja dibelinya petang semalam untuk berbuka namun dia tidak menyangka boleh ada ulat bersepah-sepah di dalam isi ikan tersebut.
“Putus selera berbuka tadi. Ikan habis separuh, baru perasan ada ulat di tulang-tulang ikan itu. Kembang tekak,” katanya.
Sementara itu, netizen memintanya memberitahu lokasi gerai terlibat namun Alias enggan mendedahkannya kerana tidak ingin menjatuhkan air muka peniaga tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment