Video: ‘Bonggol Terbang’ Di Subang Jaya Undang Kemarahan

lol




BONGGOL ‘maut’ yang dibina di kawasan lintasan pejalan kaki di Persiaran Jengka, Subang jaya baru-baru ini dikatakan mengundang bahaya buat pemandu yang memandu laju di kawasan terbabit.

Menerusi perkongsian video yang kini giat di perkongsikan di laman sosial, orang ramai dinasihatkan untuk tidak memandu laju di kawasan terbabit yang menghubungkan penduduk di SS14 dan SS18 itu.

Dalam pemerhatian kami, beberapa kenderaan yang dipandu laju kelihatan melayang dan bergeser setelah tidak menyedari wujudnya bonggol berkenaan yang hanya dicat dengan jalur kuning

Biarpun memandu dengan perlahan, dapat dilihat sebuah kenderaan turut bergeser akibat bonggol berkenaan yang dikatakan terlalu tinggi.

Malah sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dilihat seakan ‘ingin terbang’ dan hampir membahayakan nyawa pemandu itu setelah kenderaanya hilang kawalan seketika.

https://youtu.be/zmR5N1NeIRY

Perkara ini lantas ditunding jari kepada pihak pemaju, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) akibat gagal meletakkan tanda amaran bagi mengelakkan pemandu memandu laju di kawasan terbabit.

Kesilapan kontraktor PRASARANA akibat tidak meletakkan papan tanda serta lampu isyarat membuatkan pemandu tidak memperlahankan kenderaan sewaktu melalui jalan tersebut.

                jalang

Difahamkan, setelah mendapat aduan daripada orang ramai, pihak pemaju dikatakan telah mengambil langkah susulan bagi mengatasi masalah itu dengan meletakkan kon yang banyak, sekaligus membuatkan pengguna yang melalui jalan berkenaan pada waktu malam menyedari kewujudan bonggol berkenaan. -MYNEWSHUB.C

No comments

Powered by Blogger.