TMJ, Isteri Namakan Anak Tunku Kalsom Aminah Sofiah

                              TMJ, Isteri Namakan Anak Tunku Kalsom Aminah Sofiah

ISTERI Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam berserta puteri sulung mereka dibenarkan pulang ke Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada Isnin.

Pasangan diraja ini memilih untuk menamakan puteri sulung mereka dengan nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail.

Berita ini telah diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan.

“Che Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada di dalam keadaan sihat. Allah Peliharakan Sultan,” tulisnya di laman Facebook Johor Southern  Tigers.

 Tunku Kalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail merupakan cucu pertama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Che Puan Khaleeda melahirkan puteri sulungnya pada 25 Jun 2016 (Sabtu) bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah.

Pasangan diraja ini mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2014.

No comments

Powered by Blogger.