Tahukah Anda Disebalik Maksud Tanda "PEACE"!

                        Image result for peace

Suka simbol ini ? Selalu buatkan ? Lagi-lagi budak perempuan. Ada maksud disebalik segala apa yang kita buat !

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas. Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar. Ya, itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia. Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar. Tetapi berhati-hatilah, kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V'). Sekiranya anda belum mengetahui, sila ambil tahu sekarang.

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!! Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

                 foto lambang peace

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.

Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

No comments

Powered by Blogger.