Sinopsis Drama Terbaru Imam Mudaku Romantik (ASTRO)





Drama terbaru 'Imam Mudaku Romantik' diadaptasi daripada novel popular karya Izzah Haneefa. Dibintangi oleh Hisyam Hamid dan Syatilla Melvin sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dibawah terbitan Nuansa Sdn Bhd. Imam Mudaku Romantik akan ditayangkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD bermula 6 Jun 2016 pada pukul 9.00 malam.

JUDUL: IMAM MUDAKU ROMANTIK

EPISOD: 16 episod

TARIKH TAYANGAN: 6 Jun 2016

HARI / MASA: Isnin, 9.00 malam

SIARAN: Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135

NOVELIS: Izzah Haneefa

PENGARAH: Shuhaimi Zulkefli

TERBITAN: Nuansa Sdn Bhd

PELAKON: Hisyam Hamid, Syatilla Melvin, Faye Kusairi, Rahhim Omar, Zarina Zanuddin, Erwin Dawson

WATAK PELAKON

Hisham Hamid sebagai Ustaz Faqih

Syatilla Melvin sebagai Laila Khalisa

Faye Kusairi sebagai Adrianna

Rahhim Omar sebagai Tan Sri Kamarul

Zarina Zanuddin sebagai Puan Sri Lydia


SINOPSIS IMAM MUDAKU ROMANTIK

Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu. Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu. Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.

No comments

Powered by Blogger.