Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

                    Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia :

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia:

1. Masjid Mukim Kampung Laut Kelantan

Masjid ini terletak di Nilam Puri, Kelantan dibina sekitar 250 tahun yang lepas oleh para ulama yang datang daripada Tanah Jawa.

Masjid ini asalnya dibina di Kampung Laut, Tumpat berhampiran dengan tebing sungai Kelantan. Ia dibina dengan empat tiang dan tiga tingkat bumbung yang dibuat daripada daun rumbia. Bukaan ruang masjid hanya berkeluasan 400 kaki persegi.

Selepas dilanda banjir beberapa kali, masjid ini telah dipindahkan dan dibaik pulih tanpa mengubah bentuk asalnya. Pada tahun 1968, masjid ini telah dibuka dan dipasang semula di Jalan Kuala Krai, Nilam Puri.

Pada tahun 1988, masjid ini dibesarkan dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti bekalan elektrik, air paip, tandas dan lain-lain.

2. Masjid Muhammadi

Masjid ini berada di Kota Bharu dan namanya diambil bersempena dengan nama Sultan Muhammad ke IV yang amat berjasa kepada Negeri Kelantan.

Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II daripada kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931 dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.

Masjid ini mengalami kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Luas keseluruhan masjid kini adalah 10600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2400 orang.

Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar berbagai-bagai ilmu agama. Antaranya Tuan Taba, Haji Wan Ali Kutan, Tok Kenali dan ramai lagi. Sistem pengajaran di masjid ini memiliki persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram di mana pelajar akan ke Mekah bagi menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.

3. Kota A’ Famosa

Berada di Bandar Hilir, Melaka dan telah dibina oleh Portugis selepas berjaya menakluki Melaka pada tahun 1511 daripada Sultan Melaka.

Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi melawan serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang diberi nama A Famosa.

Kota A’ Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Sumber binaan untuk membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de-Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehingga memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan selepas menguasai bandar Melaka.

4. Masjid Zahir

Berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Telah dibina pada 11 Mac 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Pada asalnya, tapak masjid ini merupakan tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur ketika mempertahankan Kedah dari serangan Siam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

5. Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 26 Julai 1892 di atas arahan Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru.

Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 2 Februari 1900. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2000 orang.

No comments

Powered by Blogger.