Ketiak Aktres Bollywood Tekenal, Priyanka Chopra Jadi Isu

                  Ketiak Priyanka Chopra Jadi Isu

MEMANG payah kalau jadi terkenal, sampai ketiak pun menjadi isu. Itu yang dialami oleh aktres Bollywood Priyanka Chopra, 33, apabila dia tiba-tiba menjadi tumpuan selepas menjadi muka depan majalah Maxim India, untuk keluaran Jun/Julai.

Priyanka yang membintangi siri Quantico tidak bernasib baik apabila peminatnya mendakwa gambar ketiaknya di muka depan majalah lelaki itu telah diedit dengan Photoshop.

Ini kerana dalam majalah berkenaan, ketiak Priyanka begitu licin dan disamakan dengan patung Barbie.

Keadaan ini menenggelamkan aksi menggoda yang ditampilkan oleh Priyanka.

Namun ada juga peminatnya yang menyifatkan perbuatan mereka yang mempertikaikan ketiak Priyanka sebagai tidak wajar kerana banyak lagi benda lain yang boleh dibincangkan, bukannya anggota badan pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, Maxim India belum mengulas mengenai perkara tersebut.

No comments

Powered by Blogger.