Inilah Sebab Mengapa Bayi Tersenyum Ketika Tidur

MENJADI orang tua baru merupakan hal yang membahagiakan sekaligus melelahkan. Dengan mengurus si kecil tiap waktu dan berbagai hal lain, tak jarang membuat orang tua terutama ibu menjadi lelah. Tapi keletihan orang tua tersebut seketika dapat terobati dengan melihat seyum manis si kecil.

Pernahkan ibu melihat bayi kecilnya tersenyum semasa tidur? Jika pernah, perlu ibu tahu penyebabnya. Kebanyakan ibu mengira bahawa setiap bayi yang tersenyum disebabkan oleh bertindak balas terhadap senyuman ibu. Padahal, bayi yang masih berusia 0 - 8 minggu tidak boleh bertindak balas terhadap sesuatu yang ada di sekitarnya.

Lantas apakah yang menyebabkan bayi tersenyum semasa tidur? Adakah ia bermimpi? Atau mungkin sedang diajak bergurau oleh malaikat?

Sebenarnya, pada saat bayi tertidur terjadi sebuah refleksi dari aktiviti saraf pusat tepatnya di otak. Apabila bayi tertidur, otak kecilnya tetap mengolah memori sehingga bayi dapat bermimpi atau mengigau. Hal ini akan memberi kesan pada otot orbikularis okuli di mata. Sehingga, apabila mata bayi terpejam, pipinya akan sedikit terangkat seolah ia sedang menampakkan sebuah senyuman.

Pamela Garcy, PhD, ahli psikologi yang bermastautin di Dallas berkata, "Selama tidur REM (rapid eye movement) atau tahap tidur aktif, tubuh bayi mengalami perubahan psikologi yang mengaktifkan refleks tertentu, dan salah satunya adalah senyum," Pada tahap ini mungkin yang berlaku hanyalah reaksi fizikal, bukan isyarat emosi.

Itulah yang menyebabkan bayi kelihatan tersenyum ketika tertidur. Jadi, bayi tersenyum bukan kerana ia bertindak balas senyuman ibu. Kecuali jika memang pada usia selanjutnya akan ada masa di mana ia mulai boleh bertindak balas seyuman ibu bapa dan orang lain yang ada di sekitarnya.

Semoga bermanfaat.

No comments

Powered by Blogger.