7 Bahagian Badan Tidak Patut Disentuh Dengan Tangan
Tangan memainkan peranan utama dalam memindahkan kuman bakteria ke tempat lain walaupun basuh tangan berulang kali.
Jadi, bagi meminimakan pemindahan kuman dari / kepada tangan, kita tidak digalakkan menyentuh 7 bahagian badan ini demi kebaikan diri kita juga. 5 dari 7 bahagian itu adalah di kepala.
Berikut adalah:
1. Muka
Menurut penasihat dermatologi Men 's Health Adnan Nasir (MD), jari tangan mempunyai minyak yang boleh menyumbat liang roma kulit muka. Seboleh-bolehnya elakkan jari atau tapak tangan mengenai bahagian muka. Bayangkanlah permukaan tangan yang dilitupi kuman disapu rata ke kulit muka, maka tersebarlah ke seluruh muka sehingga mendatangkan masalah pada kulit muka. Tapi bolehlah guna tangan yang telah dibasuh untuk tadah air dan cuci muka.
2. Mata
Kita memang tak sentuh mata kecuali orang yang menggunakan kanta sentuh tapi kita tenyeh dengan jari tangan pada mata. Penasihat opthalmology Men 's Health Kimberly Cockerham (MD) menyatakan jangan sentuh atau menggosok mata kerana ia akan memudahkan kuman masuk ke dalam mata. Jika mata rasa tidak selesa, jumpa dengan doktor untuk cari penyelesaian yang lebih baik berbanding bertindak sendiri.
3. Telinga
Kulit nipis di luar telinga dan menghala ke saluran telinga boleh terkoyak apabila ada benda bersentuhan dengannya. Jika anda rasa gatal-gatal berterusan di telinga, jangan garu atau cuba lakukan pemeriksaan sendiri. Lebih baik anda bertemu dengan doktor otolaryngologist kerana ia berkemungkinan disebabkan oleh ekzema, jangkitan kuman atau pengumpulan wax.
4. Mulut
Secara purata, 23.6 kali / jam orang di UK gemar memasukan jari mereka ke dalam mulut apabila mereka berasa bosan di pejabat dan masih lakukan sebanyak 6.3 kali / jam ketika waktu sibuk. Data Journal of Applied Microbiologi menunjukkan 1/3 kuman yang diuji dipindahkan dari jari ke mulut. Jadi, jangan jadikan ia satu tabiat.
5. Hidung
Melalui kajian dalam Journal Infection Control & Hospital Epidemiology pada 2006, 51% pesakit ENT (telinga, hidung dan tekak) yang mengorek hidung lebih cenderung membawa bakteria Staphylococcus aureus di dalam hidung mereka berbanding mereka yang tidak melakukan perkara tersebut.
6. Kuku di bawah kuku
Inilah antara tempat kegemaran pelbagai jenis kuman bersosial. Lebih-lebih lagi kuku jenis panjang, maka lebih banyak khazanah tersemat di situ. Maka, ada baiknya potong kuku pendek. Tak trauma sangat.
7. Punggung
Sedia maklum bahagian ini mempunyai bakteria yang berpotensi membahayakan. Jadi, selepas tersentuh untuk apa sahaja tujuan di bahagian tersebut, cuci tangan dengan cara yang betul.
Maka, penting untuk sentiasa menjaga kebersihan tangan dengan mencucinya bersama sabun. Kuman bakteria dan virus yang ada pada tangan boleh dipindahkan kepada orang lain apabila anda menyentuh mereka dengan tangan.
Semoga bermanfaat.
Post a Comment