5 Petanda Utama Sistem Penghadaman Tidak Sihat

               

ADAKAH anak anda sentiasa mengalami cirit-birit, perubahan mood dan masalah kulit?

 Masalah ini mungkin terletak pada sistem penghadaman! Apabila menjadi seorang ibu atau bapa, anda tentu sedar secara semula jadi anda bertukar menjadi seorang pakar perubatan.

Anda belajar untuk mengenali apabila anak anda berpura-pura sakit perut hanya untuk ponteng sekolah, atau menyembunyikan masalah kesihatannya hanya untuk berkunjung ke taman air.

Berurusan dengan penyakit biasa adalah satu hal, tetapi kadang-kadang, gejala-gejala ini membawa petanda bahawa anak anda mempunyai sistem penghadaman yang tidak sihat.

Berikut adalah tanda-tanda mudah yang harus menjadi panduan berguna bagi ibu bapa untuk mengenal pasti kesihatan sistem penghadaman anak-anak mereka. 

Petanda 1: Masalah buang air besar 

Ketidakseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik dalam pemakanan kanak-kanak boleh menyebabkan ketidakbiasaan pada najis dan pergerakan usus kanak-kanak, yang kemudiannya boleh membawa kepada masalah penghadaman seperti kembung, angin dan cirit-birit.

Petanda  2: Perubahan emosi dan cepat marah 

Mungkin biasa untuk kanak-kanak menunjukkan sikap memberontak, tetapi bukan selalu. Adakah anda tahu bahawa perubahan emosi boleh berpunca daripada sistem penghadaman tidak sihat? Sistem penghadaman menghasilkan 90% daripada serotonin tubuh, yang mempengaruhi pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia, seperti selera makan, tidur, ingatan, dan emosi.

Petanda  3: Masalah garu dan gatal-gatal 

Tahukah anda bahawa sistem penghadaman terdiri daripada kira-kira 80 peratus daripada sistem imun? Kulit dan sistem imun sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain untuk memberi keseimbangan dalam memelihara kulit agar sihat. Apabila kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak terjejas, ia boleh memulakan tindak balas berantaian, menjejaskan sistem imun, yang seterusnya boleh menyebabkan penyakit kulit seperti ekzema dan 'rosacea'.

Petanda  4: Kerap bersin 

Hidung berair, demam dan batuk, terutamanya dengan lendir kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan virus dan bakteria. Kanak-kanak selalunya tidak mengendahkan kebersihan diri, jadi mereka cenderung menyentuh benda-benda yang terdapat bakteria sama ada semasa di sekolah atau ketika bermain di taman permainan. Namun, jika anak anda sering mengalami penyakit, kemungkinan ini juga bermakna dia alah kepada serangan patogen disebabkan sistem penghadamannya tidak sihat.

Petanda 5: Mudah lupa 

Sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua, yang mengandungi neuron atau "sel-sel otak". Kanak-kanak sering "terlupa" perkara-perkara seperti kerja rumah, atau memberus gigi, tetapi jika ia berlaku terlalu kerap, ini mungkin tanda probiotik tidak mencukupi. Sistem penghadaman yang sihat bukan sahaja boleh membantu memelihara ingatan yang baik, tetapi juga boleh membawa kepada penumpuan yang lebih baik di dalam kelas dan semasa peperiksaan!

1. Minum VITAGEN setiap hari 

Dirumus dengan kombinasi sempurna bakteria baik, VITAGEN padat dengan berbilion kultur hidup yang aktif iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei bagi membantu penghadaman dan menguatkan sistem imun anak anda.

2. Kekal aktif

Kekal aktif secara fizikal boleh menggalakkan bakteria baik untuk berkembang di dalam sistem penghadaman, manakala tidak aktif boleh menyebabkan sebaliknya. Tetapkan tarikh untuk bermain atau kunjungi taman permainan dengan lebih kerap.

3. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran 

Diet yang sihat membawa kepada sistem penghadaman yang sihat! Ini bukanlah mudah, tetapi pengambilan 3-5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membawa kepada kepelbagaian mikrobial yang baik, serta seratnya sangat sesuai untuk penghadaman anak anda.

4. Dapatkan tidur yang mencukupi 

Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting untuk pembentukan ekosistem mikrobial di dalam sistem penghadaman anak anda. Pastikan mereka tidur apabila tiba masa tidur!

5. Galakkan waktu berehat dan bermain 

Terlalu banyak kerja rumah tanpa rehat adalah tidak baik untuk sistem penghadaman anak anda. Seterusnya ia mungkin menyebabkan pelbagai masalah lain. Biarkan mereka berehat dan bermain sekali-sekala.

Kanak-kanak pasti gemar minuman susu kultur seperti VITAGEN, terutama untuk rasanya. Lebih-lebih lagi, ia mengandungi berbilion kultur hidup Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang membantu meningkatkan jumlah bakteria baik dan menyekat petumbuhan bakteria berbahaya di dalam badan.

No comments

Powered by Blogger.