The I Love You Wall Tembak Romantis di Paris
Paris terkenal sebagai kota yang romantis berkat Menara Eiffel nya yang menjulang tinggi. Ekkk, ternyata tak hanya itu sahaja. Paris masih punya tempat lain yang tak kalah romantis juga, iaitu 'The I Love You Wall'.
Ini adalah dinding berukirkan kata cinta menggunakan banyak bahasa. Peluang untuk nyatakan cinta! 'The I Love You Wall' atau Le mur des je t'aime pertama kali dibina pada tahun 1936 yang diciptakan oleh dua seniman Perancis, iaitu Frederic Baron dan Claire Jito.
Pada awalnya, mereka hanya mengumpul kata-kata cinta dari banyak orang di dalam sebuah buku nota. Mereka meminta setiap orang menulis mesej cinta menggunakan bahasa asli.
Hasilnya, terkumpulah beratus-ratus kata I love you atau Aku cinta kamu dari pelbagai negara. Kemudian, kedua-duanya mempunyai idea untuk membuat moral, dan menuliskan kata I Love You di sana. Tembok ini mempunyai keluasan kira-kira 416 meter persegi dan tersusun dari keramik kecil berwarna biru dengan saiz 21x29,7 meter.
Pada masa ini, tembok cinta boleh kita lihat depan Jehan Square, di Kota Perancis. Ada beratus-ratus kata I Love You yang ditulis dalam 311 bahasa, termasuk 192 bahasa rasmi yang berdaftar di PBB, seperti yang ditulis Atlas Obscura.
Untuk yang belum mempunyai pasangan, biasanya mereka datang dan menyatakan cinta di sana.Sedangkan pengunjung yang telah mempunyai pasangan, mereka akan datang untuk mengabadikan momen melalui rakaman kamera.
Post a Comment