Koleksi Istimewa Buat Ucapan Sambutan Hari Guru

Contoh koleksi ucapan Hari Guru kepada guru-guru yang mengajar di Malaysia





Guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid.

Sambutan Hari Guru yang diadakan pada tarikh 16 Mei setiap tahun melambangkan penghargaan besar negara dan masyarakat kepada golongan itu di atas jasa dan bakti mereka.

Sambutan Hari Guru adalah sewajarnya disambut meriah oleh semua guru dan murid sebagai manifestasi menghargai jasa guru dalam usaha mendidik anak bangsanya.

Sehubungan dengan itu, guru perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan bukan sahaja daripada ibu bapa dan pelajar, tetapi oleh pentadbir sekolah serta kerajaan

Berikut adalah beberapa tips mengenai cara sambutan Hari Guru serta contoh koleksi kad ucapan Hari Guru 2016 pada tarikh 16 Mei:

Seperti kebiasaannya dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang boleh dilaksanakan oleh pelajar dan pengurusan pihak sekolah.

Antara program pertama yang biasa dilakukan adalah dengan mengadakan perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG.

Terdapat juga acara, di mana guru-guru akan disambut dengan paluan kompang dan sebagainya untuk memasuki dewan atau tempat khas yang disediakan bagi sambutan berkenaan.

 Dalam majlis sambutan Hari Guru, para guru akan membaca ikrar guru, menyanyikan lagu guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar dan negara Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. 

Majlis jamuan hari guru ini dihadiri oleh guru-guru dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).Acara Persembahan Hari Guru 2016 Persembahan boleh dibuat secara individu ataupun kumpulan. Tujuan persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan guru-guru. 

Antara acara yang biasa diadakan adalah seperti persembahan silat, nyanyian, deklamasi sajak, tarian, sketsa dan pelbagai lagi acara yang menghiburkan semua Turut memeriahkan lagi sambutan, para guru juga akan membuat persembahan. Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar. 

Ada juga guru yang membuat persembahan secara individu dan berkumpulan Kebiasaannya guru juga akan menyanyi, membaca puisi serta bermain alat muzik. persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar.

Disini saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang telah susah penat mengajar saya selama ini tanpa mengeluh dan jemu mengajar saya sehingga saya berada hari ini.

No comments

Powered by Blogger.