JPJ Perkenal Plat No.Pendaftaran Kenderaan Baharu F dan V

                                 Image result for no plat terbaru jpj 2016


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran kenderaan baharu bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing bermula huruf `F 'dan` V', bermula bulan depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata Kuala Lumpur akan menggunakan plat nombor bermula huruf V menggantikan W, manakala Putrajaya akan menggunakan nombor pendaftaran bermula huruf F menggantikan 'Putrajaya'.

Katanya, pembaharuan itu akan berkuat kuasa bermula bulan depan bagi Putrajaya, manakala bagi Kuala Lumpur akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan data JPJ, pendapatan bidaan nombor pendaftaran bagi ibu negara dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu menurun sehingga 40 peratus sejak nombor pendaftaran bermula huruf W menjadi panjang."

Saya dimaklumkan pemilik kereta tidak berminat dengan nombor di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Putrajaya, jadi JPJ memperkenalkan nombor pendaftaran baharu memandangkan menjadi amalan kepada pemilik kereta berminat dengan nombor lebih kecil, selain lebih mudah di baca, "katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, pendapatan bidaan bagi satu-satu nombor pendaftaran mencecah RM10 juta sebelum ini, namun menurun sehingga RM6 juta sejak plat nombor pendaftaran bermula W menjadi panjang.

No comments

Powered by Blogger.