Inilah Perubahan Penyanyi Khai Bahar Yang Popular Dengan Aplikasi Smule



Jika sebelum ini penyanyi baru Khai Bahar ering berusaha untuk menyembunyikan bentuk gigi miliknya, kini jejaka itu muncul dengan penampilan baru.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Khai, dia telah melakukan rawatan untuk memperbetulkan struktur gigi.

Ramai pengikut di laman Instagram Khai memuji penampilan baru Khai. Ada yang mengatakan Khai semakin kacak, ada juga yang gembira dan berharap agar Khai lebih yakin untuk memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi baru dalam industri hiburan.

Sebelum ini, video duet Khai Bahar dalam aplikasi Smule bersama penyanyi Siti Nordiana mendendangkan lagu Memori Berkasih dan Resipi Berkasih menjadi viral di laman sosial dan bakat Khai juga mendapat perhatian stesen televisyen Indonesia sehingga vokal milik Khai dilabel sebagai suara emas.

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan netizen di laman Instagram milik Khai:


No comments

Powered by Blogger.