Gempar Lahir Bayi Kembar 12, Hanya Seorang Saja Dibesarkan Tetapi Yang Lain Dipertimbangkan


Seorang wanita yang bernama Jinan Huang berusia 33 tahun telah selamat melahirkan bayi kembar 12 orang pada Isnin yang lalu. Kini, Jinan dalam keadaan stabil selepas melalui proses bersalin selama 31 jam.

Sejak Undang Undang "Satu Keluarga Satu Anak" diwartakan pada tahun 1983, Kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65juta bayi kembar di Negara tersebut. Oleh itu, kerajaan memberikan masa selama seminggu buat Jinan dan suami untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk dibesarkan.

"Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan," ujar Jinan.

"Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yg lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi yg paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti."

"Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan dan kami yakin dengan keputusan kami," tambah suami Jinan.

Manakala lagi sebelas baki bayi yg tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yg telah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan hukuman mati di China.

"Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi," tambahnya.

"Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yg terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yg memalukan dan tidak bertanggungjawab ini."

Rasanya sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa boleh dikatakan demikian? Banyak kes yg kita tahu, kita dengar dan diperkatakan tentang bayi yang di makan, kanak-kanak yg didera, kanak-kanak yang dipukul dan kes kanak-kanak yang di langgar namun tiada pihak yg tampil untuk membantu.

Kita beruntung tinggal di negara Malaysia yang tidak menetapkan undang-undang terhadap kekeluargaan. Bagi penulis, membunuh bayi kembar yang lain itu satu tindakan yang kejam!

No comments

Powered by Blogger.