Carta Kedudukan dan Keputusan Pingat Sukan Olimpik 2016

Sukan Olimpik Musim Panas 2016 Official:


Tournament Details:

Tuan Rumah:  Brazil
Cogan Kata:  Live Your Passion
Penyertaan Negara:  185 Layak(206 Dijangka)
Jumlah Atlet:  7,926 Disahkan (Lebih 10,500 Dijangka)
Acara Sukan:   304 Dalam 28 Sukan
Upacara Pembukaan/Penutupan:  5 Ogos -21 Ogos 2016

Sukan Olimpik Musim Panas 2016 (Bahasa Portugis: Jogos Olímpicos de Verão de 2016) secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXI dan Rio 2016 ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi sukan Olimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil bermula 5 Ogos sehingga 21 Ogos 2016.

Lebih daripada 10,500 atlet dari 206 negara termasuk penyertaan buat pertama kali Kosovo dan Sudan Selatan. Bersama 306 set pingat, acara sukan ini akan menampilkan 28 sukan Olimpik - termasuk ragbi tujuh dangolf yang ditambah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 2009. acara sukan ini mengambil tempat di 33 venue di bandar tuan rumah dan 5 venue di bandar São Paulo (bandar terbesar Brazil), Belo Horizonte, Salvador, Brasília (ibu negara Brazil) dan Manaus.

Ini merupakan Sukan Olimpik Musim Panas pertama dibawah presiden IOC, Thomas Bach. Lapangan tuan rumah, Rio de Janeirodiumumkan semasa Sesi IOC ke-121 yang berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 2 Oktober 2009.

Rio menjadi bandar Amerika Selatan pertama untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas. Ini merupakan acara sukan pertama yang diadakan di negara berbahasa Portugis, yang pertama diadakan semasa musim sejuk negara tuan rumah, yang pertama sejak tahun 1968 untuk diadakan di Amerika Latin dan yang pertama sejak tahun 2000 untuk diadakan di Hemisfera Selatan.

Program Sukan Olimpik Panas 2016 menampilkan 28 sukan,sejumlah 41 disiplin dan 306 acara.

Setakat 5 Mei 2016, 185 daripada 206 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan telah layak menerusi sekurang-kurangnya seorang atlet. Seorang atlet bebas juga telah layak.

Sebagai negara tuan rumah, Brazil telah menerima kemasukan automatik untuk beberapa sukan termasuk dalam semua disiplin berbasikal dan enam tempat dalam acara angkat berat. Tiga negara pertama untuk layak adalah Jerman, Great Britain dan Belanda yang masing-masing berkelayakan empat atlet dengan memenangi pingat dalam acara berpasukan di Sukan Ekuestrian Dunia FEI 2014.

Sudan Selatan dan Kosovo dijangka membuat penampilan pertama mereka dalam Sukan Olimpik.

Kuwait telah diharamkan pada bulan Oktober 2015 untuk kali kedua dalam tempoh lima tahun kerana campur tangan kerajaan dalam jawatankuasa Olimpik negara itu.

Rusia telah digantung sementara pada bulan November 2015 daripada semua pertandingan olahraga (balapan dan padang) termasuk Sukan Olimpik Musim Panas 2016 oleh IAAF susulan laporan Agensi Anti-Doping Dunia untuk doping dalam sukan.

Antara 28 sukan yang layak dipertandingkan Sukan Olimpik pada tahun ini di Rio de Janeiro adalah memanah, berbasikal, bolasepak, olahraga, badminton, tinju dan juga penyertaan sukan baru rugbi 7 sebelah dan golf.

Kedudukan Pingat Bagi Setiap Negara:
KLIK SINI

No comments

Powered by Blogger.