Nauraj Atlet ke-13 Layak ke Sukan Olimpik

Atlet lompat tinggi Nauraj Singh menjadi atlet ke-13 negara layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Sukan Terbuka Singapura semalam.

Nauraj, 24, memperbaharui rekod kebangsaan dengan lompatan 2.29 meter pada kejohanan itu yang menyamai had kelayakan ke Sukan Olimpik.

Kejayaan beliau itu sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 2.27 meter yang dipegang Lee Hup Wei sejak 2010.

Sebelum ini 12 atlet melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik iaitu Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri (terjun); Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal); Jonathan Wong (menembak); Welson Sim (renang); Khairul Anuar Mohamad (memanah) serta Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin (pelayaran).

- Bernama

No comments

Powered by Blogger.