Netizen Pening Selesaikan Algebra Buah
NAMPAK seperti satu cabaran minda yang ringkas untuk kanak - kanak , namun siapa sangka ia sebenarnya memeningkan kepala .
Satu teka - teki berteraskan Matematik menjadi perkongsian netizen di laman sosial , dengan majoriti mengeluh akan kesukaran mendapatkan jawapan yang tepat .
Dinamakan Fruit Algebra atau Algebra Buah - Buahan , tidak dapat dipastikan siapa yang mereka teka - teki ini .
Secara ringkas , ia memerlukan peneka mencari jawapan kepada nilai tambah dan tolak kepada imej buah - buahan yang ditunjukkan dalam rajah .
Netizen pening selesaikan algebra buah
Kebanyakan jawapan yang diteka adalah 14 dan 16 , dengan majoriti bersetuju jawapan paling tepat ialah 14 .
Namun The Mail Online melaporkan , seorang profesor Matematik di Universiti Central Lanchashire , England , Dr. Kevin Bowman berpendapat , jawapan paling tepat berkemungkinan adalah lebih daripada satu .
Post a Comment