Mourinho Dijangka Terima Bayaran Paling Mahal di Dunia Sebagai Pengurus

Juan Mata walks off the field without acknowledging his manager Jose Mourinho


MANCHESTER: Jose Mourinho dijangka menjadi pengurus yang menerima bayaran paling mahal di dunia apabila mengambil alih tugasan di Old Trafford.

Pengendali dari Portugal itu sudah disebut-sebut untuk menggantikan Louis van Gaal penghujung musim ini, namun perjanjian rasmi masih belum diumumkan.

Tetapi difahamkan Mourinho akan menerima bayaran STG15.5 juta (RM92.54 juta) setahun, mengatasi pendapatan STG15 juta (RM89.56 juta) yang bakal diraih Pep Guardiola bersama Manchester City.

Mengikut laporan di Sepanyol, United menawarkan Mourinho kontrak tiga tahun, namun beberapa pemain Red Devils bimbang kehadiran pengurus yang terkenal dengan gelaran 'Yang Teristimewa' itu akan mendatangkan kesan buruk.

Akhbar Britain, The Sun mendakwa beberapa pemain United bimbang Ryan Giggs akan dipecat daripada kelab itu sekiranya Mourinho mahu membawa barisan kejurulatihan sendiri.

No comments

Powered by Blogger.