Penukaran Gelaran Harimau Malaya Kepada Harimau Malaysia

                           Image result for harimau malaYSIA


Kini, Pasukan bola sepak Kebangsaan yang Sebelum ini kepada digelar 'Harimau Malaya',kini dikenali dengan jolokan 'Harimau Malaysia'.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Yang mengumumkan kemalangan perkara itu,hari Ini Berharap gelaran Baharu itu boleh menyuntik semangat pemain dan penyokong agar skuad Negara mampu mencipta lebih banyak Kejayaan di ASEAN mahupun di Peringkat Antarabangsa.

"FAM berasa gelaran Harimau Malaya tidak lagi sesuai diguna pakai kerana perkataan Malaya itu sendiri tidak dipakai Secara menyeluruh di Negara ini kepada selepas Pembentukan Malaysia-komen pada 1963.

"Saya Berharap gelaran ini bertepatan Untuk menggambarkan skuad Kebangsaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia.

"Jadi,saya tidak Mlmahu nama sahaja baharu, Malah mahu pemain mempunyai semangat baharu untuk mencapai Kejayaan.

"Harimau Malaysia Yang lebih garang dan boleh menggaum apabila berdepan pasukan lain, sekurang-kurangnya di rantau Asia Tenggara," Katanya komen pada majlis pengenalan penaja skuad Kebangsaan disini.

Beliau turut Berharap skuad Kebangsaan Yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee Secara rasminya bermula 18 Jan bulan lepas,tidak akan mengulangi lagi prestasi memalukan selepas ini.

Beliau turut menyaksikan majlis memeterai penajaan skuad Kebangsaan Yang diwakili Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Telekom Malaysia, Nike, 100 Plus dan Bank Islam.

Telekom Malaysia Yang merupakan penaja Utama Pasukan Kebangsaan sejak tahun 2011, telahpun memeterai pembaharuan perjanjian penajaan selama lima tahun sehingga tahun 2020, namun jumlah penajaan tidak didedahkan.

Naib Presiden FAM Datuk Sudarsono Osman berkata keputusan menukar gelaran skuad Kebangsaan itu, turut boleh mempamerkan Perpaduan Nasional disamping menghargai sumbangan Penduduk Sabah dan Sarawak kepada Pasukan Negara.

"Saya gembira dengan keputusan  ini, kerana sebelum ini pernah ada penyokong Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan perkara ini.Saya berharap mereka akan gembira selepas ini, "Katanya.

Pada Tahun Lepas, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Pernah menyuarakan saranan supaya gelaran Harimau Malaysia diguna pakai untuk merujuk kepada skuad Kebangsaan berbanding Harimau Malaya, Yang seolah-olah seperti penyokong dari Sabah dan Sarawak tidak terlibat langsung.

Selain itu, FAM juga melancarkan Peraduan Mencipta logo baharu Harimau Malaysia, bagi mencipta imej baharu Kebangsaan Pasukan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 serta pengalaman bersama skuad Kebangsaan Pada Kejohanan AFF Suzuki pada penghujung tahun Ini.

Maklumat lanjut mengenai Peraduan itu boleh diperoleh di laman sesawang rasmi FAM, www.fam.org.my Atau Facebook, Persatuan Bola Sepak Malaysia (Official) dan akaun TwitterFAM_Malaysia.

Sumber: BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.