Berlian Bernilai RM60j Ditemui

LUANDA - ANGOLA . Berlian 404 karat berukuran lebih 2.7 inci ditemui di Angola , kata syarikat perlombongan Australia .
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lucapa Diamond Company yang berpengkalan di Perth , batu permata tersebut adalah berlian terbesar pernah ditemui di Anggola .
" Berlian putih tersebut dianggarkan bernilai kira - kira AUD20 juta ( RM 60juta ) , " kata Pengerusi Lucapa Diamond Company , Batu Kennedy kepada Australian Broadcasting Corp.
Menurutnya , berlian tersebut ditemui dalam Project Diamond Lulo iaitu projek perkongsian antara syarikat itu dengan syarikat belian kebangsaan Angola serta pelabur swasta .
Kawasan perlombongan projek Lulo telah menghasilkan lebih daripada 60 berlian besar sejak ketiga - tiganya mula meneroka rantau ini pada tahun 2015 , kata Lucapa dipetik AP .
Berlian terbesar yang pernah ditemui adalah berlian Cullinan 3106 karat ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905 .
Post a Comment