Lima Fasa di Akhir Zaman

Image result for Lima Fasa di Akhir Zaman


1. Fasa Pertama:

Ketika pemerintahan Nabi Muhammad SAW.Zaman ini berjalan selama 25 tahun.Zaman Rasulullah s.a.w terkenal dengan "Zaman Ummah Pertama".Dengan kemunculan Islam,dua gergasi utama iaitu Rom dan Parsi(kini dikenali Iran) menjadi lemah dan tunduk dibawah kuasa Islam.

2. Fasa Kedua:


Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin, iaitu zaman Pemerintahan empat orang sahabat Rasullulah s.a.w iaitu saidina abu-bakar as-siddiq,saidina umar al-khattab,saidina uthman b.affan dan saidina ali bin Abi talib.Jadi,keseluruhan zaman terbaik menurut seperti mana jaminan Rasullulah s.a.w ialah kira-kira 300 tahun.Selepas itu,tidak lagi ada jaminan terbaik,cuma 'baik' sahaja.

3. Fasa Ketiga:


 Zaman pemerintahan raja yang menggigit(fitnah) iaitu zaman pemerintahan beraja yang diwarisi mengikut sistem warisan(monarki) oleh kaum kerabat dan keturunannya sahaja. Sebagai contoh,Kerajaan Bani Umaiyah yang ditadbir oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan yang kemudiannya diwarisi oleh anaknya, Yazid Bin Muawiyah.

4. Fasa Keempat: 


Zaman pemerintahan yang zalim iaitu era pemerintahan diktator.Maksud zaman diktator ialah zaman pemerintahan ideologi buatan manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari buah fikiran ahli fikir,samada aliran sosialis,komunis,kapitalis dan demokrasi.Pemimpin dikalangan manusia yang jahil dan zalim. Wujudnya fitnah yang berleluasa pada zaman tersebut iaitu zaman sekarang yang sedang berlaku.Banyak peperangan dan pemerintahan yg kejam seperti pemerintahan negara Israel terhadap bumi Islam Palestin.

5. Fasa Kelima:


Era pemerintahan khalifah yg mendapat petunjuk di atas jalan kenabian.Ketika kembalinya pemerintahan adil seperti sunnah Nabi SAW iaitu zaman yang ditadbir oleh Nabi Isa dan Imam Mahdi.Dimana imam mahdi akan mentadbir dunia selama 5 atau 7 tahun.

Dimanakah kita sekarang... sedar tak sedar kita sekarang di fasa keempat.. yang mana fasa ini akan berlakunya semua kiamat kecil mahupun kiamat besar yg juga dipanggil al-malhamah al-kubra... yang pasti zaman ini akan keluarnya al-masih dajjal,pendusta dunia yang dibantu seramai 70 ribu orang yahudi dari Isfahan,Iran.

No comments

Powered by Blogger.