Cara Membuat Rate Card Untuk Blogger (2023)

Cara Membuat Rate Card Untuk Blogger (2023)|ANDA tahu apa itu 'Rate Card'? Bagaimana cara membuat rate card dengan mudah untuk blogger? Basically, rate card adalah daftar harga yang diletakkan oleh seseorang blogger bagi menyatakan harga yang perlu dibayar oleh pengiklan. Kenapa harus mempunyai rate card tersebut? Dengan adanya rate card ini, Ia dapat memudahkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

Cara Membuat Rate Card Untuk Blogger

Bagaimana cara menentukan harga rate card untuk blogger? Tiada jumlah caj khusus yang dikenakan bagi iklan banner atau advertorial. Segalanya boleh diukur berdasarkan followers, engagement dengan followers dan juga kualiti video/blog post. Biasanya, blogger yang mempunyai pageviews dan engagement yang tinggi boleh mengenakan harga rate card yang tinggi berbanding blogger yang pemula.

Cara Membuat Rate Card Untuk Blogger (2023)

Secara lazimnya, anda boleh membuat rate card melalui Microsoft Word atau Excel dan simpan dalam format PDF atau jpeg.

Antara maklumat yang boleh diletakkan dalam rate card adalah seperti berikut:

◾Logo blog
◾Pengenalan blog (Sejarah blog anda)
◾Jenis, Kedudukan, saiz dan harga iklan
◾Syarat-syarat jika DIPERLUKAN
◾Statistik blog (Pageviews bulanan, UV, bounce rate dan alexa rank)
◾Jumlah pengaruh media sosial (Facebook, Instagram, Twitter dll)
◾Cara Hubungi (No. Telefon dan email)
◾Cara Pembayaran (Secara Online, CDM,
  PayPal dll)

Mudah kan! Setiap blogger sebenarnya perlu mempunyai rate card sendiri bagi memudahkan berurusan dengan pihak pengiklan. Semoga perkongsian Cara Membuat Rate Card Untuk Blogger ini dijadikan panduan buat semua blogger!

9 comments:

  1. Terima kasih man.. Bagus.. boleh buat rujukan..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..nak tanya.awk menang contest ni kan
    http://www.kisahemasputih.com/2018/01/senarai-pemenang-contest-copy-paste-je.html

    awk dh dapat hadiah dia?nanti balas komen di blog saya ya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Baru tahu pasal rate card ni...good sharing 👍👍👍

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. rasa macam jauh lagi je nak buat rate card. apa2 pun good info! thank you!!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Info sangat bagus untuk dibuat. Pertama kali dengar rate card. Berguna bila sampai masanya nanti.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.