Tips Selepas Kereta Anda Ditenggelami Banjir

Tips Selepas Kereta Anda Ditenggelami Banjir|SEBELUM ini saya pernah kongsikan mengenai 'Panduan dan Langkah Selamat Menghadapi Banjir'. Banyak maklumat mengenai keselamatan diri ketika banjir anda boleh dapatkan disitu. Tapi kali ini saya nak kongsikan mengenai 'Tips Selepas Kereta Anda Ditenggelami Banjir' yang anda patut tahu. Tak kesemua pengguna kenderaan yang mengambil berat terhadap kereta yang telah ditenggelami air banjir. Apa kesannya apabila kereta anda telah ditenggelami banjir? Anda tidak patut memandang rendah terhadap perkara seperti ini daripada anda kena melayang beribu ringgit semata-mata untuk servis kenderaan anda.

Tips Selepas Kereta Anda Ditenggelami Banjir

Tips Selepas Kereta Anda Ditenggelami Banjir

Berikut adalah Tips Selepas Kereta Anda Ditenggelami Banjir untuk pengguna kenderaan:

1. Pastikan anda memeriksa terlebih dahulu kenderaan anda selepas banjir surut. Sekiranya keseluruhannya kereta anda tenggelam banjir termasuk di ruang kabin dan enjin. Jangan sesekali memandai mula menghidupkan enjin kenderaan! Perkara yang anda patut lakukan ialah dengan mencabut bateri kereta dan memanggil towing atau mekanik bengkel menarik kereta anda ke bengkel.

2. Selepas kereta ditarik ke bengkel, anda perlu membuka penutup alat elektronik. Pastikan keluarkan minyak enjin, minyak gear dan spark plug. Diingatkan perlu keluarkan juga petrol yang telah dicampur dengan air.

3. Sekiranya minyak enjin, minyak gear dan spark plug dicampur dengan air. Anda perlu tukarkan minyak enjin yang baru dengan ulangan 2-3 kali. (Pastikan beli minyak enjin yang murah sudah lah). Minyak gear juga perlu diisi dengan yang baru dengan ulangan 3-4 kali supaya tiada bercampur lagi dengan air. Selalunya minyak gear yang dicampur dengan air akan kelihatan seperti air bandung!

4. Pastikan oil filter juga perlu ditukar yang baru sekiranya telah dimasuki air. Untuk bahagian komponen yang lain, jangan lupa tukarkan juga spark plug, minyak brek, power steering, air filter dan fius yang baru.

5. Selepas itu, barulah anda cuci kereta secara semburan air deras ke semua bahagian terutama enjin dan brek. Jangan sesekali sembur ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir!

Ingatlah sekiranya enjin kereta anda berjaya dihidupkan, anda memang bernasib baik. Anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak berbanding anda menghabiskan beribu ringgit untuk overhaul kereta, wiring, bahagian elektronik dan lain-lain lagi.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sekiranya menghadapi masalah kenderaan yang ditenggelami banjir. Selamat mencuba!

8 comments:

  1. Kesian pda mangsa banjir..byk kos nk kena tanggung..

    ReplyDelete
  2. nice sharing! Tak pernah lagi tersangkut dalam banjir but who knows kan in future? :)

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat sangat sangat bagus. Musim banjir sekarang menakutkan. huhu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.