Review Filem Haunted Hotel 2017

Review Filem Haunted Hotel 2017|ANDA dah tonton filem seram 'Haunted Hotel' di pawagam? Apakah kisah seram disebalik filem ini? Filem Haunted Hotel ini telah diambil dari kisah benar dan shooting telah dilakukan di Amber Court, Genting Highlands yang merupakan hotel paling berhantu di Malaysia. Yang belum dan ingin merasai sendiri ketakutan filem ini. Anda perlu pergi menonton di pawagam!

Review Filem Haunted Hotel 2017

Filem Haunted Hotel bergenre seram merupakan filem gabungan tiga negara iaitu Malaysia, China dan Thailand. Arahan pengarah Ryon Lee turut dibintangi pelakon seperti Teddy Chin, Alvin Chong, Nadia Aqilah dan beberapa pelakon luar negara iaitu Aom Sushar (Thailand) dan Li Chuan (China).

Review Filem Haunted Hotel 2017

Apakah sinopsis disebalik filem Haunted Hotel?
Review Filem Haunted Hotel 2017

Mengisarkan Ling (Aom Sushar), gadis dari China dan kekasihnya Jun (Li Chuan) yang telah mendapat peluang ke Malaysia dan berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah casino, Genting Highlands. Mereka membuat keputusan menetap sementara di sebuah hotel yang penuh dengan mistik.

Pelbagai perkara yang menakutkan telah mengganggu mereka sepanjang di hotel tersebut.

Apakah alam mistik yang terus menghantui kepada pasangan ini? Adakah mereka mampu keluar daripada malapetaka dan benda menyeramkan yang terus mengganggu mereka?

Jom ke panggung untuk tonton sendiri filem Haunted Hotel ini. Secara keseluruhannya, boleh saya berikan 8/10 rating untuk filem ini. 

3 comments:

  1. alamak mcm kena tgkla ni. TQ sharing!

    ReplyDelete
  2. TInggi juga rating bagi tu..

    ReplyDelete
  3. Wah.. musim cerita seram bermula dah.. apapun tahun ini takde cerita seram yang rasanya terbaik. Macam filem Annabelle: Creation, Jalan cerita yang agak memeningkan sikit sebabnya kita ditontonkan kembali bagaimana kisah patung Annabelle bermula. Tidak menarik seperti filem Annabelle.

    Namun saya masih berminat dengan karya Filem Malaysia “Munafik” . Filem budget Malaysia, tetapi memberi kepuasan menonton yang hebat. Jika di hollywood-kan sudah pasti kaut untung ratus-ratus juta. Tapi sayang karya Malaysia masih ketinggalan berbanding karya negara Korea yang mutunya lebih kurang sama dengan filem kita.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.