Sinopsis Filem Tombiruo: Penunggu Rimba Lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda

Sinopsis Filem Tombiruo: Penunggu Rimba Lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda|NANTIKAN filem akan datang berjudul ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ yang merupakan adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney. Menampilkan lakonan hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Bakal menemui semua penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai pada 12 Oktober 2017.

Sinopsis Filem Tombiruo: Penunggu Rimba Lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Ejim
Farid Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda sebagai Wan Suraya
Faizal Hussein sebagai Pondolou
Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan
Faye Kusyairi sebagai Salina

SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA

Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

4 comments:

  1. Pelakon semua hebat-hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kna tonton ni...nmpak best citer die

      Delete
  2. Ada baca novel RAM ni.. menarik ni. Tertarik juga nak menonton nanti. Thanks sharing :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.