Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Lakonan Alvin Chong dan Emma Maembong

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Lakonan Alvin Chong dan Emma Maembong|NANTIKAN drama akan datang berjudul 'Awak Suka Saya Tak' adaptasi novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita yang akan menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria. Gandingan hebat iaitu Alvin Chong dan Emma Maembong sebagai peneraju utama. Drama 16 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin.

Baca juga:
Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Lakonan Alvin Chong dan Emma Maembong

JUDUL : AWAK SUKA SAYA TAK ?
TARIKH / MASA : 25 September 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Melur Jelita
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Mustapha Kamal, Fieza Jolie, Aman Aziz

WATAK PELAKON
Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Emma Maembong sebagai Puteri Intan Zulaikha
Sabhi Saddi sebagai Nazim
Rebecca Nur Al Islam sebagai Salina

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK

Mengisahkan sifat kasih sayang antara Hilman Yong lakonan Alvin Chong yang merupakan seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha (Emma Maembong), seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

1 comment:

  1. Ala.. dah baca rasanya novel ini tapi tak berapa ingat.. hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.