Senarai Peserta Clever Girl Malaysia 2017 Musim Kedua

Senarai Peserta Clever Girl Malaysia 2017 Musim Kedua|Clever Girl merupakan satu rancangan realiti "gameshow" yang mencari gadis terpintar di Malaysia. Jika musim lalu, Fatin Nuraisya dinobatkan pemenang Clever Girl musim pertama. Siapakah kali ini peserta yang bakal bergelar juara Clever Girl musim kedua? Program realiti Clever Girl Malaysia musim baharu bakal disiarkan di TV3 bermula pada 4 Ogos 2017 ini di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat jam 9 malam.

Senarai Peserta Clever Girl Malaysia 2017 Musim Kedua

Lebih menarik lagi, Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, Jangan Berhenti Memuji oleh Serai Mas Herbs Trading selaku penaja utama. Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Program ini menampilkan 14 peserta wanita yang bijak pandai dan berperwatakan menarik dengan mewakili 13 negeri dan 1 wilayah persekutuan di Malaysia. Para peserta akan dinilai dengan pengetahuan am dalam bentuk kuiz mingguan yang dihoskan oleh Aliff Satar.

Senarai Peserta Clever Girl Malaysia 2017 Musim Kedua

1. HANI
Nama Penuh : Hani Nazrina Bt. Hanizar
Umur : 21 tahun
Negeri : Perlis
Pendidikan: Usahawan dan Graduan Saints Aktuari

2. KIERA
Nama Penuh : Noor Syakirah Bt. Mohd Azam
Umur : 27 tahun
Negeri : Pulau Pinang
Pendidikan: Usahawan dan Graduan Sains Kejuruteraan

3. SARA
Nama Penuh : Sara Amelia Muhammad Bt. Bernard
Umur : 24 tahun
Negeri : Perak
Pendidikan: Asasi Psikologi Ekonomi & Matematik

4. ALIA
Nama Penuh : Aliasuraiya Bt. Mohd Isa
Umur : 25 tahun
Negeri : Melaka
Pendidikan: Eksekutif Operasi & Mahasiswi Pengajian Nautikal

5. VISHA
Nama Penuh : Vishebannu a/p Krishnnan
Umur : 22 tahun
Negeri : Johor
Pendidikan: Mahasiswi Perundangan

6. LYLIA
Nama Penuh : Nur Ilya Bt. Badaruddin
Umur : 27 tahun
Negeri : Kedah
Pendidikan: Mahasiswi Perakaunan

7. MAS
Nama Penuh : Mas Syahmi Izzah Bt. Izhar
Umur : 24 tahun
Negeri : Kuala Lumpur
Pendidikan: Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal

8. FADILA
Nama Penuh : Fadila Zukaira Bt. Mohd Nor
Umur : 24 tahun
Negeri : Negeri Sembilan
Pendidikan: Mahasiswi Pendidikan

9. SHAZA
Nama Penuh : Nurul Shazalina Bt. Zainuddin
Umur : 30 tahun
Negeri : Kelantan
Pendidikan: Mahasiswi Perubatan

10. AIN
Nama Penuh : Nurul Ain Bt. Aziz
Umur : 27 tahun
Negeri : Pahang
Pendidikan: Usahawan & Graduan Pembangunan Manusia

11. EMYLLIA
Nama Penuh : Nur Emyllia Bt. Halmi
Umur : 28 tahun
Negeri : Terengganu
Pendidikan: Eksekutif Pemasaran & Graduan Sains Kimia

12. IKA
Nama Penuh : Syafiqah Bt. Ishak
Umur : 30 tahun
Negeri : Sabah
Pendidikan: Usahawan & Mahasiswi Keusahawanan

13. SHAZANA
Nama Penuh : Shazana Bt. Kamarzaman
Umur : 24 tahun
Negeri : Selangor
Pendidikan: Mahasiswi Perubatan

14. CAMY
Nama Penuh : Camellia Bt. Onn
Umur : 28 tahun
Negeri : Sarawak
Pendidikan: Ahli Geologi

Jadi siapakah bakal pemenang Clever Girl Malaysia musim kedua? Pemenang bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Jangan lupa saksikan siaran langsung program Clever Girl 2017 pada setiap hari Jumaat jam 9 malam di TV3.

2 comments:

  1. Ada pulak Clever girl ni.. X tengok pun xminat sgt hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokman layan gak clever girl ni...xnmpak pon sngat clever tu..hihi

      Delete

Powered by Blogger.