Sinopsis dan Senarai Pelakon Filem Kau Yang Satu

Sinopsis dan Senarai Pelakon Filem Kau Yang Satu|NANTIKAN filem akan datang berjudul Kau Yang Satu dibawah terbitan ASTRO Shaw pada 27 Julai ini di seluruh pawagam tanah air. Merupakan sebuah filem arahan Osman Ali yang juga pengarah kepada filem 'Ombak Rindu' yang diadaptasi dari novel popular karya Nia Azalea. Bakal menampilkan barisan pelakon utama seperti Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Amyra Rosli dan Soo Wincci.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Filem Kau Yang Satu

TAJUK : KAU YANG SATU
Tarikh Tayangan : 27 Julai 2017
Genre : Drama / Romantik
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Astro Shaw / Global Station / Nuansa
Pelakon : Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Amyra Rosli, Wan Hanafi Su, Zaidi Omar

SINOPSIS KAU YANG SATU

Menceritakan tentang pergolakan cinta tiga segi. Bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi akhirnya, mereka terpaksa akur dengan bapa mereka.

1 comment:

  1. AnonymousJuly 28, 2017

    dalam hati aku taufik masih muda..bukan tua macam aron aziz.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.