Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah KPM 2018 Online

Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah KPM 2018 Online|UNTUK makluman anda, menerusi maklumat di manual permohonan e-Prasekolah, Semakan Keputusan PraSekolah 2018 Online serta permohonan dan keputusan rayuan PraSekolah boleh disemak seperti kaedah dan tarikh berikut.

                      Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah KPM 2018 Online
Semakan Keputusan PraSekolah KPM 2018 Online

Menerusi maklumat di manual permohonan pemohon, Ibu bapa/ penjaga boleh mengetahui status permohonan ke Pra Sekolah KPM 2018 anak mereka melalui 2 kaedah seperti berikut:

A) Secara Dalam Talian

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my
mulai 5 Ogos 2017 (tertakluk kepada sebarang pindaan)

B) Secara Manual Melalui Sekolah

Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2017 (tertakluk kepada sebarang pindaan)

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2018

a. Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/ dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan

b. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW

c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/ mulai 10 September 2017 (tertakluk kepada pindaan)

d. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan PraSekolah 2018!

2 comments:

  1. sy x tau pula kena check melalui online, slalunya parents sy akan terus ke skola tue ja

    ReplyDelete
  2. Senang boleh semak online je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.