Aplikasi MyEG Membolehkan Pengguna Membuat Bayaran Zakat Fitrah

Aplikasi MyEG Membolehkan Pengguna Membuat Bayaran Zakat Fitrah|SEDIA maklum, MyEG merupakan portal popular dikalangan ramai pengguna dalam memudahkan membuat pembaharuan lesen dan sebagainya. Terkini, mereka turut bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat fitrah melalui aplikasi mudah-alih Android MyEG.

Aplikasi MyEG Membolehkan Pengguna Membuat Bayaran Zakat Fitrah

Memandangkan MyEG bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor, maka perkhidmatan ini mungkin hanya terhad kepada penduduk di Selangor sahaja. Semakan kasar kami mendapati undang-undang membayar zakat fitrah melalui internet adalah Harus.

Melalui aplikasi MyEG, pengguna boleh terus memilih pilihan untuk membayar "Zakat Fitrah", dan seterusnya memilih bayaran untuk berapa ramai orang, dan seterusnya melakukan pembayaran.

Selain daripada bayaran zakat, aplikasi MyEG juga turut menyediakan kemudahan untuk membayar saman JPJ, memperbaharui cukai jalan, dan memperbaharui lesen memandu.

Semoga bermanfaat!

4 comments:

  1. Perkongsian yang bagus.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. bagusnya.. dah semakin mudah sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..pelbagai teknologi sekarang yg amat memudahkan kita

      Delete

Powered by Blogger.