5 Kelebihan Domain Berbayar Berbanding Blogspot

5 Kelebihan Domain Berbayar Berbanding Blogspot|TAHUKAH anda tentang kelebihan domain berbayar berbanding blogspot? Sebelum anda mempunyai domain sendiri mesti setiap anda akan menggunakan blogspot sebagai transit untuk blogging. Tapi disebalik itu, ada kelebihannnya sekiranya anda mempunyai domain sendiri berbanding blogspot anda gunakan sebelum ini. Lokman pon baru saja semalam menukar blogspot kepada domain sendiri.

5 Kelebihan Domain Berbayar Berbanding Blogspot

Jom ketahui kelebihan domain berbayar berbanding blogspot:

5 Kelebihan Domain Berbayar Berbanding Blogspot

1- Mempunyai Hak Penuh Web/Blog

Kelebihan pertama anda mempunyai domain sendiri anda mempunyai hak ke atas web/blog anda. Anda tidak perlu risau sekiranya mempunyai domain berbanding blogspot yang bila-bila sahaja ditarik balik oleh google.

2- Nama Domain Yang Mudah Dikenali

Memang tidak dinafikan mempunyai domain berbayar berbanding domain percuma, nama web/blog mudah diingati dan dikenali orang ramai. Contohnya:

Domain Berbayar: hakimramli.com
Domain Percuma: penggaliilmudunia.blogspot.com

Mana satu yang lebih mudah ingat? Mesti yang domain berbayar tu kan!

3- Lebih Mesra SEO

Anda tahu apa itu SEO? SEO adalah singkatan dari perkataan 'Search Engine Optimization'. SEO ini amat penting dalam setiap karya anda terbitkan dalam web/blog anda. Kalau anda nak tahu ada perbezaan keyword dari enjin pencarian yang lebih drastik bagi domain berbayar berbanding blogspot. Anda tengok la sendiri kalau tak percaya!

4- Mudah Dapat Pengiklanan

Percaya tak! Dengan anda mempunyai domain sendiri anda lebih mudah mendapatkan review/pengiklanan dari pihak luar. Sebab apa? Syarikat pengiklanan akan lebih yakin memberi iklan kepada blog yang domain berbayar berbanding blogspot.

5- Lebih Dipercayai dan Selamat

Domain sendiri ini lebih dipercayai dan selamat kerana memerlukan maklumat yang lebih terperinci berbanding blogspot yang amat mudah dengan tiada limit.

Setakat ini saja perkongsian mengenai kelebihan domain berbayar berbanding blogspot. Lokman baru saja menggunakan domain ini satu hari dari Netkl. Anda ingin tahu juga cara membeli domain di NetKL!

10 comments:

  1. Wah tahniah aqiem. Doakan kak ana pula lepas ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak ana...harap kak ana cepat2 tukaq domain

      Delete
  2. Tahniah lokman hakin dah ada domain sendiri :)

    Memang ada domain lebih banyak kelebihannya berbanding blogspot/wordpress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank syahida...btol tu ada kelebihan apabila kita dh ada domain sendiri

      Delete
  3. Nak juga domain sendiri...tapi ilmu xcukup lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tukaq dh domain sndiri Lina...hihi

      Delete
  4. Tahniah! satu langkah lebih proaktif lagi dalam dunia blogging..

    Kipidap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Elih...dh ada domain nih smngat blogging lbih serius

      Pissyow...

      Delete
  5. Tahniah ya. Kini nampak lebih profesional dan serius berblog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks SP...btol tu nmpak lebih serius blogging

      Delete

Powered by Blogger.