Permohonan Laskar Muda TLDM Sesi 216/2017 Secara Online

UNTUK makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan pengambilan Laskar Muda TLDM 216/17 Siri 2017 secara online. Ingin tahu bagaimana cara memohon? Berita ini dipetik dari sumber sahih Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia yang memaklumkan bahawa TLDM mempelawa bagi lelaki dan wanita warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Permohonan ini dibuka sehingga 31 Mac 2017 ini. 

                Image result for Permohonan Laskar Muda TLDM Sesi 216/2017 Secara Online

Permohonan Laskar Muda TLDM Sesi 216/2017 Secara Online

Berikut adalah petikan dari Portal Jom Masuk Tentera untuk pengambilan Perajurit Muda 216/17:

-Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia / beliawanis tanah air yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) melalui Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 216 / 17.

-Calon-calon perlu memasukkan maklumat peribadi diri yang lengkap di laman web tertera JOM MASUK TENTERA. Calon yang layak akan dipanggil sesi pemilihan awal Laskar Muda sesi 216/2017.

Iklan Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 216/17

Berikut adalah iklan permohonan pengambilan perajurit muda TLDM siri 216/17 bagi lelaki dan wanita yang memaparkan kelayakan akademik, syarat kelayakan dan cara hubungi. Permohonan boleh dibuat menerusi talian sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2017.

                      Image result for Permohonan Laskar Muda TLDM Sesi 216/2017 Secara Online

Semoga berjaya membuat permohonan perajurit muda TLDM 216/17 2017!

1 comment:

Powered by Blogger.