Permohonan Calon Guru PISMP IPG 2017 Secara Online

UNTUK makluman anda, kini permohonan secara online ke Institut Pendidikan Guru (dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ambilan 2017. Permohonan PISMP secara online bakal dibuka mulai 23 Mac 2017 jam 12:00 tengahari sehingga 30 Mac 2017 jam 11:59 malam.

                 Permohonan Calon Guru PISMP IPG 2017 Secara Online

Pengambilan ke program calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia ini terbahagi kepada 3 bahagian:

1-Ambilan biasa bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah biasa.

2-Ambilan khas bagi lulusan SPM dari Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan Negara / Negeri dan Pribumi (calon Orang Asli dan Penan).

3-Laluan khas bagi lulusan UEC bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC), dan lulusan SMA / SMU bagi bidang pengkhususan Pendidikan Islam Pendidikan rendah (SK).

Cara Memohon PISMP IPG 2017

Permohonan (serta semakan) PISMP boleh dibuat secara dalam talian menerusi Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

https://pismp.moe.gov.my/

Sila rujuk pautan di atas untuk akses borang permohonan online, panduan permohonan dalam talian, maklumat mengenai syarat kelayakan, bidang yang ditawarkan serta syarat khusus bidang pengajian.

Sila layari laman web KPM (KLIK DISINI) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.

Hubungi alamat atau nombor telefon berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 - 3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor
(U.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon: 03-8312 6693/6689/6627/6720/6733/6730/6731/6758/6760/6768/6769

Semoga berjaya membuat permohonan calon guru PISMP IPG 2017!

1 comment:

Powered by Blogger.