Resepi Makaroni Cheese Bakar Yang Simple

APA itu makaroni cheese bakar? Makaroni cheese bakar adalah salah satu masakan barat yang popular dari Itali. Rasanya yang cheesy dan mengenyangkan sesuai untuk disajikan dengan sos tomato dan sos sambal. Kali ini Lokman ingin kongsikan satu resepi iaitu cara membuat makaroni keju bakar yang simple. Berikut adalah cara membuat makaroni keju bakar yang sangat simple:

Resepi Makaroni Cheese Bakar Yang Simple

Bahan-bahan:

150 gram makaroni
50 gram marjerin
150 gram daging asap
100 gram cheese cheddar, parut atau dipotong dadu untuk adunan
100 gram cheese parut untuk topping
250 ml susu cair
1 buah bawang bombay
4 buah bawang putih
2 sudu besar marjerin
3 telur
¼ biji pala

Cara Membuat:

1-Rebus makaroni hingga 3/4 matang agar tidak terlalu lembik, campur dengan sedikit minyak goreng supaya tidak melekat.

2-Panaskan marjerin kemudian tumis bawang bombay dan bawang putih hingga berwarna keemasan dan harum

3-Masukkan daging asap atau corned beef, lalu masak hingga warna daging berubah

4-Kemudian, masukkan makaroni rebus, daging asap yang telah dipotong, susu cair, cheese, telur, pala, lada, dan garam ke dalam mangkuk.

5-Sapu loyang dengan marjerin, lalu masukan adunan dan taburkan bahagian atasnya dengan keju parut.

6-Bakar dalam oven selama kurang lebih 45 minit dalam suhu 200 darjah celcius.

7-Makaroni keju bakar yang lazat ini siap disajikan dengan sos tomato atau sos sambal.

Selamat mencuba!


2 comments:

  1. Sesekali insyaAllah boleh cuba ni...makaroni goreng dah ada makan..yang ni belum...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.