Resepi Aiskrim Oreo Yang Enak

BAGI anda yang gemar akan pelbagai citarasa aiskrim, kali ini saya ingin kongsikan satu resepi aiskrim iaitu 'Resepi Aiskrim Oreo Yang Enak'. Senang ja nak buat aiskrim oreo nih! Nak tahu lebih lanjut resepi aiskrim oreo tersebut jom lihat dibawah ini:


Resepi Aiskrim Oreo Yang Enak

Bahan-bahan:
2 cawan susu Dutchlady full cream
1 cawan serbuk creamer coffee mate
1 paket biskut oreo

Cara Membuat:

1-Pertama kali, masukkan susu dan serbuk creamer coffee mate ke dalam mesin pengisar dan kisarkan

2-Kemudian, masukkan beberapa keping biskut oreo ke dalam campuran susu dan serbuk creamer coffee mate. Kisarkan sehingga ia sebati

3-Selepas itu, masukkan ke dalam bekas

4-Patah-patahkan beberapa keping biskut oreo dan masukkan ke dalam bekas tersebut

5-Akhir sekali, masukkan ke dalam peti ais dan tunggu sehingga beku

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. perghh.

    sedap aiskrim oreo ni...

    ReplyDelete
  2. pernah buat sekali aiskrim oreo lepastu aiskrim coklat. hehe btw jemput join giveaway ainaa :) http://nikainaa.blogspot.my/2017/01/giveaway-sephia-by-nik-ainaa_29.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.