Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017

UNTUK makluman anda, Kadar BR1M akan dinaikkan bagi semua kategori sepertimana diumumkan dalam Bajet 2017.

             

Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lepas, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dijangkakan akan mula diagihkan secara ansuran / berperingkat mulai awal tahun.

Baca juga:
Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2017

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh bila dapat duit BRIM 2017:

Tarikh Pembayaran BR1M 2017



Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017.

Manakala bayaran kepada penerima kategori individu / bujang akan dibuat sekaligus mulai Februari 2017.

Fasa Pertama: 18 Februari 2017

1-Kategori e-Kasih Pendapatan Dibawah RM 1k: Jumlah Bantuan RM 1,200

Ansuran Kedua: 5 Jun 2017 berjumlah RM 400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk penerima rayuan BR1M.
Ansuran Ketiga: Bulan Ogos

2-Kategori Pendapatan Bawah RM 3 k:
Jumlah Bantuan RM 1,200

Ansuran Kedua: 5 Jun 2017 berjumlah RM 400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk penerima rayuan BR1M.
Ansuran Ketiga: Bulan Ogos

3-Kategori Pendapatan RM 3k hingga RM 4k: Jumlah Bantuan RM 900

Ansuran Kedua: 5 Jun 2017 berjumlah RM 400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk penerima rayuan BR1M.
Ansuran Ketiga: Bulan Ogos

Cara Pembayaran BR1M 2017

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2017 dengan menghubungi:

-Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
-Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
-Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. akak x dpt pun brim.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Likewise to that, brim could be introduced for your one specific individual who is matured 21 numerous years and over which has a general gross cash on month to month establishment like RM 2000 and underneath. ebr1m 2018

    ReplyDelete

Powered by Blogger.