Loom.Ai Menghasilkan Model 3D Dengan Menggunakan Gambar Dua Dimensi


Kini, sistem imbasan muka digunakan untuk menghasilkan model 3D di dalam permainan seperti FIFA 17. Sistem imbasan yang dijual pada harga yang mahal dan tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kebanyakan pengguna.

Loom.Ai ialah perkhidmatan yang menghasilkan model 3D dengan hanya berdasarkan gambar selfie pengguna.

Perkhidmatan ini dibangunkan oleh Mahesh Ramasubramanian dan Kiran Bhat yang sebelum ini bertugas di Dreamworks dan Lucasfilm. Kepakaran yang dipelajari menghasilkan watak 3D untuk filem kini digunakan untuk menghasilkan avatar untuk kegunaan di media sosial. Syarikat ini ingin melesenkan teknologi mereka kepada Facebook.

Di masa hadapan mungkin kita boleh melihat avatar tiga dimensi yang realistik digunakan di dalam aplikasi Oculus Rift yang sedang dibangunkan oleh Facebook.

Sumber: Loom.Ai

1 comment:

  1. Semakin canggih teknologi sekarang..cuma perlu bijak menggunakannya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.