Aplikasi Twitter Terbaru Mengemaskini Fungsi Menapis Kata Kunci Tertentu



Twitter ialah merupakan aplikasi Pemesejan yang popular di kalangan generasi muda pada masa kini. Berita terkini selalunya muncul jauh lebih awal pada platform ini berbanding media sosial yang lain. Sungguhpun begitu imej Twitter tercalar kerana kegagalannya menghalang masalah pembuli atas talian dan perkauman yang melanda pengguna saban hari.

Mereka akhirnya mengumumkan sokongan menapis kata kunci tertentu (mute) pada aplikasi peranti pintar mereka.

Pengenalan fungsi ini akan dilakukan secara berperingkat. Pengguna boleh menapis hashtag dan kata-kata kesat dari muncul di susur masa mereka. Ini ialah penambahan fungsi saringan memaparkan kandungan daripada individu yang pengguna ikuti yang diperkenalkan beberapa bulan yang lalu.

Dengan ini mereka berharap masalah pengguna dibuli di atas talian dan dicemuh akan berkurang.

Sumber: TWITTER

2 comments:

  1. rajin betul man update blog... banyak sangat info berguna kat sini.. thankz man..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la kak ada free time saya rajin update...sama2 kak

      Delete

Powered by Blogger.