Tips Mendapatkan Backlink Yang Berkualiti

Tips Mendapatkan Backlink Yang Berkualiti|RAJIN pulak aku malam ni nak kongsikan satu teknik SEO untuk blogging iaitu mengenai 'Tips Mendapatkan Backlink Yang Berkualiti'. Apa sebenarnya yang anda faham tentang backlink? Itulah persoalan yang sering datang dari kalangan blogger khususnya blogger yang masih baru. Adakah sesuatu backlink itu penting untuk blog? Jawapannya adalah sangat penting. Jom teruskan membaca dibawah!

              Tips Mendapatkan Backlink Yang Berkualiti

Jadi, sebenarnya apa pengertian backlink itu?

Backlink adalah sebuah link atau pautan yang ada di website orang lain yang menuju ke blog kita. Backlink adalah salah satu yang terpenting untuk meningkatkan SEO. Backlink boleh membuat artikel kita berada di kedudukan terbaik di SERP.

Backlink sangat mempunyai banyak manfaat untuk sesuatu blog. Berikut adalah beberapa manfaat backlink untuk blog:

Manfaat Backlink Untuk Blog

1. Mendapat Kedudukan Yang Baik di SERP

Apa pulak SERP itu? SERP adalah kepanjangan dari Search Engine Result Page atau halaman keputusan enjin carian. Kedudukan blog pada SERP sangat penting, jika artikel anda berada pada kedudukan atas SERP, artikel anda akan didatangi ramai pengunjung.

2. Untuk Meningkatkan Nilai SEO

Selain itu, manfaat backlink terhadap SEO sangatlah besar. Google pun menyatakan bahawa salah satu aspek penilaian website salah satunya adalah adanya backlink.

Tips Mendapatkan Backlink Yang Berkualiti

Bagaimanakah cara mendapatkan backlink yang berkualiti dengan mudah?

Dalam mencari backlink, ada banyak aspek yang perlu anda lihat seperti kualiti website yang akan anda jadikan backlink. Berikut adalah cara meningkatkan backlink:

1. Melakukan Blogwalking

Langkah pertama adalah dengan selalunya blogwalking. Blogwalking ini salah satu cara yang bagus untuk mendapatkan backlink. Blogwalking secara ringkasnya adalah mengunjungi website orang lain dan mengulas dengan relevan. Jika laman web tersebut terdapat ruang chatbox, tinggalkan lah link anda di sana.

Baca juga:
👉 Cara Memasang Widget Cbox di Blog

2. Promosi Melalui Laman Sosial

Backlink juga boleh diperolehi dari hasil promosi di laman sosial seperti Google Plus yang cukup berkualiti .

3. Melakukan Submit URL ke Web Directory

Submit URL ke Web Directory tidak jauh beza dengan Promosi Melalui Media Sosial. Yang membezakan adalah Web Directory meminta anda untuk mensubmit atau memasukkan blog anda ke Web Directory tersebut.

Setakat itu saja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda!

No comments

Powered by Blogger.